Akademi Jom Ngaji Quran bermula beroperasi sejak tahun 2009. Bermula dengan permulaan yang sederhana kami mengajar di rumah-rumah pelajar di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, sehingga tertubuhnya Pusat Pengajian / Center secara fizikal di Puncak Alam, Selangor pada tahun 2015.
Bermula dari PKP, oleh kerana banyak permintaan kepada kelas dewasa secara Online dari negeri - negeri lain di Semenanjung dan juga Sabah, Sarawak. Akademi Jom Ngaji Quran mula beroperasi secara Online untuk membolehkan lebih ramai pelajar dewasa mendapat manfaat dan bimbingan dari tenaga pengajar yang berpengalaman. Dengan capaian internet yang semakin canggih, jarak yang jauh bukan lagi penghalang untuk para pencinta ilmu belajar Al-Quran sehingga pandai. Alhamdulillah dengan siapnya modul Iqro Ekspress pada tahun 2020. Ramai pelajar telah mendapat manfaatnya dengan dapat mempercepatkan lagi perjalanan mereka belajar Al-Quran 3 kali ganda lebih cepat dari menggunakan kaedah Iqro biasa. Alhamdulillah ada pelajar yang dapat habiskan belajar Ilmu asas seawal 4 bulan sahaja dan terus masuk ke kelas Quran.
⚡Build your Smart Biolink with Klik VIP⚡